Pengikut

14 Disember 2011

Daripada...

‎::: | Drpd sujud kaki kekasih, baik sujud kpd Allah..♥

::: | Drpd cium kekasih, baik cium Tikar Sejadah..♥

::: | Drpd pegang tangan kekasih, baik Pegang Al-Quran.♥.

::: | Drpd menangis untuk kekasih, baik menangis memohon Ampun drpd Allah..♥

::: | Drpd peluk kekasih, baik peluk Mak dan Ayah..♥





Post By :

1 Disember 2011

Gadis Bertudung

Seorang gadis bertudung makan seorang diri... tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk
di meja sebelah..


Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :
"gadis kampung mana pulak
datang restoran mahal cmne
pastu makan guna tangan pulak
tu...ne mesti tak reti nak pakai
sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak menyampuk :
"ish...muka cantik..tapi makan
sampai licin pinggan..malu doh
kalau aku jadi bf dia..kalau awek
aku makan x sampai separuh
pinggan..diet katakan..nak jaga
badan...

✿Seorang lagi berkata :
"eww..tengok tu...sampai menjilat
jari dowh..geli aku...pengotor
rupanya awek ne..."..

Kemudian datang seorang lelaki
yang tidak dikenali ke arah
kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:
Gadis bertudung itu makan
guna tangan kerana ikut sunnah
Rasulullah s.a.w. bukan kerana
dia gadis kampung.

Gadis bertudung itu makan
sampai licin kerana dia tak ikut
nafsu untuk membazir, bukan
kerana dia tidak malu

Gadis bertudung itu makan
sampai menjilat jari kerana ikut
sunnah Rasulullah s.a.w, bukan
kerana dia pengotor..

Post By :

Menutup Aurat



Seorang Lelaki Kristian Bertanya Kepada Seorang Lelaki Muslim


Lelaki kristian : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat ?


Lelaki muslim tersenyum sambil mengeluarkan dua biji gula-gula di dlm koceknye, Lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya. kemudian dia melemparkan kedua gula-gula itu ke atas lantai, lalu bertanya kepada lelaki kristian.


Lelaki muslim : Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih ?


Lelaki kristian : Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan


Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa.


Dengan mengeluarkan kata-kata agama, tidak semestinya aku seorang ustazah.
Bertudungnya aku,tidak semestinya aku seorang yang alim.

Dengan menasihati orang lain, tidak pula bermaksud aku ini adalah orang yang sebaik-baiknya.

Aku cuma insan biasa yang mempunyai kelemahan dan keinginan seperti kamu.

Cuma aku berkongsi apa yang aku pelajari dan apa yang aku ketahui. 
Serta mengingati diri sendiri dan sahabat-sahabat supaya menjadi lebih baik.

InsyaAllah... Semuanya atas izin dari Nya.

 Post By :